<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2873212653959076420\x26blogName\x3dSecret+Love\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nurulasyikinzuraimi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nurulasyikinzuraimi.blogspot.com/\x26vt\x3d-1794089694757270324', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
OBLIVIATE;
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
Cara Terminate Akaun Takaful Persona Lady
Wednesday 10 June 202001:14

Assalamualaikum w.b.t..

Lama tak update entry tapi sebab nak share benda ni, jadi sis pun mula menaip semula 😅


Tahun lepas sis ada buka akaun di M__bank. Nak dijadikan cerita, semasa pembukaan tu, staf ada bagi satu borang untuk sign. Dia ada explain sikit2 sebelum tu tapi kita masa tu tengah tak fokus, ye la busy nak buka akaun dan hal2 lain kan. So kita pun sign la borang tersebut.

Bila keluar je dari situ, baru tersedar yang sebenarnya kita dah ambil plan Takaful 😂

Takpelah, kita pun teruskan je la tanpa rela, bulan2 bayar RM25.44.

Tapi sejak ada anak ni, mula berfikir untuk ambil pelan takaful yang boleh cover untuk kita dengan anak sekali. Maka gigih la kita mencari cara untuk terminate akaun Persona Lady ni.

So caranya begini ye:

1. Call M__bank di talian: 1300-88-6688
2. Tekan 2 untuk bercakap dalam Bahasa Melayu (ikut keselesaan masing2
3. Tekan 0 untuk servis
4. Tekan 6 untuk Takaful

So staf akan tanya apa nombor polisi kita. Macam sis tak ingat no polisi, dia minta no KP baharu.

Staf akan tanya kenapa kita nak terminate dan minta kita untuk buat pengesahan.

Sebelum berjaya terminate, staf akan terangkan lagi sekali tentang Takaful tersebut dan meyakinkan kita bahawa walaupun dah ambil pelan Takaful syarikat lain, kita masih boleh teruskan ambil Persona Lady. Ye, sis tahu memang boleh tapi sis tak mampu untuk bayar 2 takaful dalam 1 masa.

Untuk makluman, proses akan mengambil masa selama 30 hari. Dan jika selepas kita terminate, duit still ditolak dari akaun, mereka akan pulangkan duit yang ditolak tersebut. TAPI bukan jumlah keseluruhan dari awal ye..

Sekian sahaja dari saya..



Sebulan di UNIMAS !!
Saturday 29 June 201311:53

Assalamualaikum~

24 hari bergelar pelajar Asasi Sains Hayat di UNIMAS
Tak sangka dah dekat sebulan aku kat bumi kenyalang ni
Dan tak sangka, setelah 3 minggu kat sini baru aku nak nangis teringat kat Alisya
Kadang2 tu bila tengok kucing kat blok A, teringat Alisya
Haha ok bye

Walaupun baru minggu ni class full,
Perghhh tak tau la nak cakap apa
Busy gila kot... No time !
Sampaikan takde masa nak buat appointmen gigi
Sakit2 dah gigi aku ni :'(

Masa MAP, nak kata seronok, tak
Nak kata tak seronok pun tak
Hmm sedang2 la...
Yang paling seronok pun sebab ada Abang Afiq
Haha gatal la Ikin!
Takde ah... Gurau je...
Suka tengok muka dia. Sweet, Comel, ala-ala Korea gitu...
Pandai pulak tu. 3.9++ kot!!
Dengar cerita, dia dapat Degree Medic :')
TUNGGU SAYA ABANG AFIQ!! Hahaha

Hmm and luckily, roommate pun orang Sarawak
Noor Azriezda Binti Suliman
Memang nak pergi mana2, heret dia je la
Pergi Plaza Merdeka, naik bot, makan mee kolok, etc...
Dia ni, sekali dah gelak memang takkan berhenti
Kadang2 takut jugak nak tidur dengan dia ni

Sorang kawan yang selalu ada dengan aku time kuliah,
Nurul Hadhinah binti Ahmad Lodfi
Suka tidur dalam kelas, bila aku kejut bukan nak cakap terima kasih
Lagi dia tolak tangan aku
Bila aku tanya, katanya, "Reflex Action" --'
Tak sangka dia ni kawan Rasydan sebenarnya
Memang dua2 excited gila bila tau yang Rasydan tu kawan kitorang. 
And paling tak sangka,
Kitorang test JPJ kat Metro Driving pada hari yang sama!
Kenapa tak perasan????!! Hahaha

Jiran depan bilik, (cehh jiran tu...)
Noor Azieya binti Baharudin and Nur Syazana binti Zalkeri
Sorang Mek Kelate, sorang Johorian
Hmmm yang ni paling tak boleh tahan la..
Aku, Zeeda, Azie and Syaza suka hati je masuk bilik mana
Bilik kau, bilik aku. Macam tu la.. Haha
Pastu kalau tengok kat koridor tu, depan bilik kitorang la paling bersepah
Kasut macam kasut longgok kat pasar
Haihhh anak dara...

Aku paling suka lagu UNIMAS
Kadang2 bila duduk kat Blok A, maklumlah internet laju kan...
Bukak la Youtube lagu UNIMAS
Lantak la orang nak gelak ke apa
Aku bangga dengan tempat aku belajar tau... *flip hair*

Sebenarnya sekarang ni aku tengah buat Tutorial Maths
Banyak gila kottt
Tension, pastu buat la blog ni
Maklumlah, dah lama tak update kan :')

Next time kalau ada cerita menarik, aku update
Bye Bye 

P/S : Nyak Ya Ulih!!




FORUM REMAJA PERPADUAN KAUM MENJANA KEMAJUAN NEGARA
Friday 30 March 201209:23

Panel 1 : Cubaan Bismillahirrahmanirrahim
Pengerusi : Cubaan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Panel 2 : Cubaan Salam Sejahtera
Panel 3 : Cubaan Salam Perak Aman Jaya
Semua : Cubaan Salam 1 MALAYSIA !

Pengerusi : Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil 'Alamin , wassolatu wassalamu 'alaa asyrafil anbiyai wal mursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapatlah kita bertemu dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nurul Asyikin Binti Zuraimi pada pagi yang berbahagia ini. Topik kita pada hari ini ialah 'Perpaduan Kaum Menjana Kemajuan Negara.' Sebelum saya mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, tidak molek rasanya jika saya tidak memperkenalkan ketiga-tiga ahli panel yang cantik, anggun lagi bergaya yang akan merungkai segala persoalan tentang tajuk ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana hadirin sekalian sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudari Nurul Farahani binti Mohd Hussein. Terima kasih saudari kerana sudi hadir pada hari ini. Seterusnya, ahli panel kedua, saudari Nurfila binti Sharidud-Din. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Nur Syahirah Binti Roselan. Selamat datang juga buat saudari. Baiklah, sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah pendapat saudari tentang definisi perpaduan kaum?

Panel 1 : Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada pendapat saya, definisi perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti nilai bersama seta perasaan cinta dan banggakan negara. Di samping itu, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu Terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu sepakat dan sebagainya. Dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita. 

Pengerusi : Teriam kasih kepada panel pertama kita. Sebentartadi panel pertama telah menerangkan serba sedikit mengenai definisi perpaduan. Sekarang saya ingin meminta saudari panel kedua untuk menghuraikan apakah perkara-perkara yang telah dikemukakan dalam Wawasan 2020 yang berkaitan dengan perpaduan?

Panel 2: Soalan yang amat menarik daripada saudari pengerusi. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi 'mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.'Seteruanya saya akan menjelaskan tentang matlamat Wawasan 2020 yang bersimbiosis dengan perpaduan. Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadiakn negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahatihir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh. Perpaduan hanya dicapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaumm kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi: Teriam kasih kepada panel kedua atas penjelasan yang tuntas dan bernas itu tadi. Sudah terang lagi bersuluh perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Mungkin saudari panel ketiga boleh menghuraikan langkah-langkah lain yang boeh diambil untuk mengekalkan perpaduan kaum.

Panel 3:Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi, selagi kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar bahawa kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama kesejahteraan negara. Oleh itu, pelbagai langkah dikenalpastikan untuk merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negarav harmoni yang kita telah lama harapkan. Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, Perdana Menteri yang kini Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti yang dinyatakan 'rakyat didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkan integrasi antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan.
     Pihak kerajaan juga telah giat menjalankan dasar dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak kerajaan telah menyeragamkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah Wawasan 2020 dan lain-lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidk dan menyatupadukan golongan belia yang berlaian kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah pembangunan negara.
     Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjamin perpaduan kaum. Negara kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tempat tinggal sendiri dalam menjayakan perkara ini. Hal ini membawa kepada sifat kerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.
     Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Ibu bapa perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan antara kaum. Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama masing-masing. Pemikiran positif tentang perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mentah, ibarat meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga merupakan ikutaan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat perpaduan di hadapan anak-anak mereka supaya boleh dicontohi.

Pengerusi: Berdasarkan kepada perkara yang telah dijelaskan oleh saudari panel ketiga itu tadi, jelaslah bahawa semangat perpaduan antara kaum di sesebuah negara merupakan unsur terpenting kejayaan dan kesejahteraan negara. Kita perlulah menjamin dan meningkatkan semangat perpaduan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk di dalam negara membolehkan kita untuk merealisasiakn Wawasan 2020.

Panel 1: Maafkan saya , saudari pengerusi. Izinkan saya untuk menambah sedikit langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan perpaduan antara kaum.

Pengerusi: Silakan, saudari.

Panel 1: Dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita. Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Bahkan kata 'Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat'. Oleh itu, demi mengecap ke arah pembangunan dan permodenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama dalam matlamat mencapai Wawasan 2020. Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan ialah kerajaan mewujudkan konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan-rakan yang terdiri daripada berbilang kaum. Kebudayaan resam pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Wahana ini dapat menjamin perpaduan rakyat.
     Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan, dan kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan saluran yang dapat mencapai ke hati semua individu daripada pelbagai tahap sosial masyarakat. Mayarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata 'Bersatu teguh, bercerai roboh.'
     Selain itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan penting dalam menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti ekonomi ataupun faktor geografikal pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Memang tidak dapat dianfikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa yang mana ini dapat mengkagumkan negara di tahap antarabangsa.

Pengerusi: Teriam kasih saudari. Bagai aur dengan tebing merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun rakyat Malaysia berbilang kaum, namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dicapi ibarat 'bersatu teguh, bercerai roboh.' Bolehkah saudari panel kedua menerangkan apakah kepentingan perpaduan kepada rakyat Malaysia?

Panel 2: Terima kasih saudari pengerusi. Baiklah, saya akan meluaskan horizon pemikiran sidang dewan sekalian tentang beberapa kepentingan perpaduan yang boleh kita perolehi. Antara kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu yang beralpukah untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat konvensional kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
     Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Ameriak Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masyarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
     Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Mlaaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungkai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel kedua. Mungkin saudari panel ketiga ingin menambah sedikit kepentingan perpaduan kaum kepada rakyat Malaysia selain daripada perkara yang telah dijelaskan oleh saudari panel kedua itu tadi.

Panel 3: Kepentingan perpaduan mampu menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
     Seterusnya, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan pentas siasah. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah negara Malaysia dapat melebarkan jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik juga memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu 'pucuk dicita ulam mendatang' kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.
     Kepentingan lain ialah perpaduan dapat mebangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadiakn Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Pengerusi: Teriam kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini yang sudi hadir dan sudi menyuakan pandangan masing-masing. Moga apa yang kita dapat pada hari ini tidak sekadar 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Kesimpulannya, perpaduan adalah penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyatnya. 'Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air.' Fikir-fikirkan dan jangan sesekali berhenti untuk berfikir. Usah menepuk dada menanya selera, tetapi tepuklah dahi, bukalah minda dan fikir-fikirkanlah ! Perpaduan kaum menjana kemajuan negara ! Terimalah serangkap pantun daripada saya

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Salam hormat, ceri-ceria selalu ! Akhir kalam,

Orang putih orang Pakistan
Terima kasih Syukran Jazilan !

Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh